IMAM Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah telah ditanya muridnya Abu Hamid Al Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yang berkaitan syurga dan neraka. Lalu beliau bertanya,"Seperti apa? Contohnya?" Lalu Abu Hamid Al Khulqani mendendangkan syair ini.
Usai dua kalimat pertama Imam Ahmad terus menangis terisak dan segera masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mengulang-ulang dua rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.
إذا ما قال لي ربي أما استحييت تعصيني؟
وتُـخفي الذنبَ عن خلقيَ وبالعصيانِ تأتيني
Apabila tiba saat Tuhanku berkata padaku:
Tidakkah engkau malu melakukan maksiat kepadaku?
Engkau menyembunyikan dosa dari makhlukku
sedang dengan dosa engkau datang menjumpaiku?
فكيف أجيبُ يا ويحي ومن ذا سوف يحمين ؟
Maka bagaimanakah aku bisa menjawabnya
dan siapakah yang bisa melindungiku?
أسلي النفس بالآمالِ من حينٍ الى حيني
وأنسى ما وراء الموت ماذا بعد تكفيني
Aku sentiasa menenangkan perasaanku
dengan angan-angan dari waktu ke waktu
Sedangkan aku lupa apa yang terjadi selepas kematian,
apakah yang cukup untukku?
كأني قد ضمنتُ العيش ليس الموت يأتيني
Seolah-olah aku telah dapat menjamin
akan terus hidup dan kematian tidak akan datang
وجاءت سكرة الموت الشديدة من سيحميني؟
Jika tibalah saat kematian siapalah
yang dapat mencegahnya dariku?
نظرتُ الى الوُجوهِ أليـس منهم من سيفدينـــي؟
Aku hanya mampu melihat wajah-wajah di depanku
adakah seseorang di kalangan mereka yang bisa menebusku?
سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني
Aku akan ditanya apa yang telah aku
persembahkah di duniaku dahulu yang
dapat menyelamatkan aku
فكيف إجابتي من بعد ما فرطت في ديني
Bagaimana jawabanku setelah aku
melupakan urusan agamaku?
ويا ويحي ألــــم أسمع كلام الله يدعوني ؟
Oh! Celakanya, apakah aku tidak pernah mendengar
kalam Allah yang menyeruku?
ألــــم أسمع لما قد جاء في قاف ويسِ
Apakah aku tidak pernah mendengar
kandungan surah Qaf dan surah Yasin?
ألـــم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع و الديني
Apakah aku tidak pernah mendengar tentang
hari perhimpunan, perkumpulan dan pembalasan?
ألـــم أسمع مُنادي الموت يدعوني يناديني
Tidak pernahkah aku mendengar penyeru
kematian yang mengajakku dan memanggilku?
فيا ربــــاه عبدُ تــائبُ من ذا سيؤويني ؟
Wahai Tuhanku, inilah seorang hamba
yang bertobat, siapakah yang sanggup menerimanya?
سوى رب غفور واسع للحقِ يهديني
Kecuali Tuhan yang maha pengampun, yang luas ampunannya, Yang sentiasa memberiku pedoman ke jalan kebenaran.
أتيتُ إليكَ فارحمني وثقــّـل في موازيني
Aku mendatangiMu maka kasihanilah aku
Dan beratkanlah neraca timbanganku
وخفف في جزائي أنتَ أرجـى من يجازيني
Ringankanlah pembalasanku karena kpdMu
sajalah paling diharap kebaikannya
apabila melakukan pembalasan
(Dinukil dari Kitab Manaqib Imam Ahmad hal. 205 oleh Ibnul Jauzi)